Bisnes Dropship: Mental Kena Kuat?

Bisnes Dropship: Mental Kena Kuat?

 

 

Apa itu bisnes dropship?

Dropship ni secara asasnya adalah kita menjual produk orang lain tanpa perlu pegang stok. Sama seperti ejen atau orang tengah. 

Apa jenis bisnes pun, semua ada cabaran dan masalah. 

Ada masalah yang boleh di selesaikan, ada juga yang diluar kawalan kita dan pengelola dropship itu sendiri.

Buat bisnes dropship ni mental kena kuat

Ini kisah dari pengalaman saya sendiri. Sejak beberapa tahun lalu sampai sekarang masih aktif dengan bisnes dropship ni. Dari jual produk mainan, produk hiasan, pakaian sampai la yang baru-baru ni buah mangga harumanis. Tambah pula dalam musim PKP ni, orang tak boleh nak keluar rumah, so bisnes ni antara bisnes yang saya rekomen anda buat.

Mula-mula dulu, bila deal dengan customer selalu juga kena maki-maki bila lambat bagi nombor tracking, bila barang yang dipos tak sampai-sampai, barang sangkut kat pos laju.. memang kena tahan sikit mental nak-nak kalau customer jenis banyak cikadak, order hari ni esok lusa dah mintak nombor tracking tak berhenti-henti.

Bila barang sampai pula, ada pula masalah tersalah barang, lampu pecah, saiz tak muat.. tapi ni semua boleh settle, tahan telinga sikit  dan kena deal elok elok dengan customer. Mana boleh refund, kita refund. Mana boleh tukar dengan barang baru, kita tukar.

Paling seram bisnes dropship yang saya join masa musim PKP ni.. jual mangga harumanis. Tak dinafikan pengelola dropship memang terbaik dengan sistem dan support yang mantap, tambah pula keuntungan ejen dropship yang mereka bagi agak besar. So, memang lumayan jual harumanis ni. Permintaan banyak kena pulak pada musim buah ni.

Yang seram nya, bila musim PKP ni.. pos laju jammed teruk. Barang terkandas. Tak terkecuali mangga harumanis kami.

Masalah macam ni di luar kawalan saya sebagai ejen dan pengelola dropship itu sendiri. Akibatnya, buah yang dah siap di pack terpaksa di tarik balik nak bagi keadaan di pos laju reda sedikit dan ladang petik semula buah baru untuk dihantar ke customer. Misi utama nak pastikan customer dapat buah yang elok, tak rosak dan bisnes boleh bertahan. Ada yang saya dengar customer merungut bila buah sampai dalam keadaan busuk dan tak boleh dimakan. Kasihan kat mereka, kasihan juga kat ejen yang menjual yang dah tentu dapat makian berbakul-bakul.

Kita sebagai ejen memang kena tahan mental bila keadaan jadi macam ni. Masalah yang diluar kawalan kita tetapi Alhamdullilah, team dropship yang saya join dapat handle situasi ni dengan baik. Walaupun pemilik ladang rugi kerana kita petik semula buah dan hantar semula buah fresh dengan pihak logistik lain selain dari pos laju. Ini semua cabaran yang pastinya ada hikmah pada masa akan datang.

Bisnes ni tak seram. Mental happy jee.

Dalam masa berbisnes dropship, saya juga jalankan bisnes affiliate.. tak kira lah sama ada affiliate untuk market tempatan juga market international. Dua-dua saya jalan.

Buat duit dengan bisnes affiliate ni memang rileks je.. mental tak stress. Bagi link affiliate dan customer beli dari sana. Produk produk dari bisnes ini adalah produk digital, pembeli boleh download dan akses produk yang mereka beli serta merta selepas pembayaran mereka disahkan. 

Pembeli yang tak berpuas hati dengan produk yang dibeli boleh klik butang refund. Dan wang mereka akan dikembalikan dengan akses ke produk di tamatkan.

Serious, sebagai affiliate saya tak perlu nak pening pening melayan karenah customer lagi. 

Mana platform bisnes affiliate untuk market international?

Ada 2 platform yang saya aktif iaitu - JVZoo dan Warriorplus.

Bagi anda yang serius nak belajar cara-cara buat bisnes affiliate di jvzoo dan warriorplus ni anda boleh dapatkan panduan langkah demi langkahnya KAT SINI.

Saya juga ada sediakan extra bonus spesial untuk anda yang nak dapatkan Panduan AffiliateXUSD kat laman berikut.

KLIK SINI UNTUK TENGOK BONUS SPECIAL DARI SAYA

Dalam Panduan AffiliateXUSD akan di kongsikan langkah demi langkah bagaimana anda nak bermula nak buat duit sebagai affiliate di market international. Ada panduan dalam bentuk ebook dan video untuk pembelajaran anda. Mereka juga sediakan support group untuk anda tanyakan apa saja soalan yang anda ada.

TEMPAH PANDUAN AFFILIATEXUSD SEKARANG